Bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilaporkan berjumpa dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dalam satu pertemuan tertutup di Putrajaya.
Menurut sumber, pertemuan dua jam itu berlangsung semalam tetapi beliau enggan mendedahkan apa yang dibincangkan.
Penasihat media Mahathir, Datuk A Kadir Jasin juga menulis mengenai pertemuan itu.
Dalam satu hantaran di Facebook, Kadir berkata: “Assalamuailaikum Datuk Seri Hishamuddin, nak tanya, semalam pergi Putrajaya jumpa siapa?”
Berita pertemuan itu didedahkan selepas dua bekas menteri Umno - Datuk Mustapha Mohamed dan Datuk Seri Anifah Aman - meninggalkan parti itu.
Spekulasi bertiup kencang bahawa lebih banyak ahli parlimen dan ADUN Umno akan menyusul mereka.
Malaysiakini sedang menghubungi Hishammuddin, yang adalah ahli parlimen Sembrong, untuk mendapatkan ulasannya.