malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Satu lagi perkahwinan bawah umur dilapor di Kelantan
Diterbitkan:  Sep 18, 2018 6:56 PM
Dikemaskini: 10:59 AM
ADS

Satu lagi kes perkahwinan melibatkan kanak-kanak bawah umur dilapor berlangsung di Kelantan.

Kali ini dilaporkan melibatkan kanak-kanak 15 tahun yang dinikahi seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) berumur 44 tahun, yang juga bapa dua anak.

Kanak-kanak itu dilapor menjadi isteri kedua.

New Straits Times melaporkan pernikahan itu mendapat kebenaran Mahkamah Syariah dan akad nikah berlangsung di sebuah kampung di Tumpat, Julai lalu.

Bapa kanak-kanak itu, Che Rahim Che Deraman, 60, dan isterinya Mariam Hassan yang mengusahakan kedai runcit mempunyai 13 orang anak.

Che Rahim berkata pendapatan bulanan mereka cuma antara RM200 hingga RM300 sebulan.

Ibu bapa berkata mereka membenarkan anaknya itu dikahwini demi kehidupan yang lebih baik.

“Kita tahu dia bawah umur tetapi kita hanya mahu yang terbaik untuknya,” Che Rahim yang mempunyai 30 orang cucu, dilaporkan sebagai berkata.

Che Rahim berkata mereka juga yakin lelaki itu dapat membahagiakan anak mereka.

New Straits Times juga melaporkan kanak-kanak itu mengaku gembira dapat berkahwin, walaupun hanya beberapa bulan mengenali suaminya.

Sebelum ini, negara digemparkan dengan perkahwinan seorang lelaki Malaysia dengan kanak-kanak 11 tahun dari Thailand.

Lihat Komen