malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
MP Cameron Highlands nafi beri wang pada tok batin, Orang Asli
ADS

Anggota Parlimen Cameron Highlands, C Sivarraajh hari ini menafikan memberi wang kepada kepada tok batin dan masyarakat Orang Asli untuk membeli undi mereka semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Beliau memberitahu perkara itu di mahkamah pilihan raya ketika menjawab soalan daripada peguamnya, Mohd Hafarizam Harun sekiranya bantuan tersebut diberikan kepada tok batin berdasarkan permohonan mereka.

"Saya tidak pernah mengatakan atau memaksa mereka untuk mengundi saya ketika saya memberi bantuan kepada mereka," kata Sivarraajh yang juga ketua pemuda MIC.

"Saya juga tidak tahu sama ada mereka mendaftar sebagai pengundi atau tidak (semasa pertemuan diadakan)," katanya.

Ketua Pemuda MIC itu berkata tidak ada insentif wang atau rasuah yang diberikan kepada tok batin berkenaan pada 28 April, 3 Mei, 6 Mei, 7 Mei, 8 Mei, tahun ini.

Beliau juga menafikan wang diberikan kepada masyarakat Orang Asli pada 28 April, 30 April, 6 Mei dan 7 Mei.

Sivarraaajh bagaimanapun tidak menafikan 'duit minyak' diberikan oleh ADUN Jelai Wan Rosdy Wan Ismail, yang kini menjadi Menteri Besar Pahang kepada tok batin berkenaan kerana melakukan perjalanan jauh dan menaiki kenderaan untuk bertemu mereka.

"Bayaran (RM200) adalah untuk menampung perbelanjaan perjalanan mereka kerana ada yang mengambil masa lima jam untuk keluar dari kampung mereka ke Sungai Koyan atau Pos Sindrot," katanya.

Sebelum ini dilaporkan tok batin dan masyarakat Orang Asli mengakui wang diberikan kepada mereka untuk mengundi BN.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen