malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
PM tak setuju tenaga nuklear sumber elektrik
ADS

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak membenarkan tenaga nuklear digunakan sebagai sumber elektrik di negara ini menyebut kejadian Malaysia terpaksa menangani bahan nadir bumi (ore) yang beradiasi.

"Selagi saya masih hidup, ada dua perkara yang tidak patut dibuat orang.

"Pertama, jangan merokok berdekatan dengan saya dan yang kedua mereka tidak menjana elektrik menggunakan tenaga nuklear.

"Saya sangat menentang tenaga nuklear kerana kami mempunyai pengalaman buruk dengan bahan-bahan nuklear," kata Mahathir ketika menyampaikan ucap tama pada Persidangan Industri Bekalan Tenaga Elektrik (Cepsi) 2018 di Kuala Lumpur Convention Centre hari ini.

Beliau menjelaskan Malaysia pada masa lalu pernah menghasilkan sejenis sisa daripada pemprosesan nadir bumi untuk membuat televisyen warna.

Bagaimanapun, katanya, apabila teknologi bergerak maju dan tidak lagi perlu menggunakan nadir bumi (ore) untuk membuat televisyen warna maka negara perlu mengendalikan sisa bahan tersebut.

Kambus bahan radioaktif

"Kita ditinggalkan sisa (nadir bumi) di negara ini kerana ianya bahan radioaktif.

"Akhirnya kita setuju untuk mengambus bahan ini di kawasan seluas satu kilometer persegi.

"Kami perlu menanamnya di bawah simen tebal bagi menghalang radiasi daripada memberi kesan kepada orang ramai," kata Mahathir.

Menurut beliau lagi, disebabkan kejadian ini Malaysia kehilangan tanah seluas satu kilometer persegi kerana ia bukan lagi kawasan selamat.

kejadian tersebut memberi pengajaran kepada beliau bahawa bahan radioaktif tidak mudah untuk diuruskan.

"Sains tidak berupaya untuk menangani bahan sisa (nuklear) selepas ia tidak lagi menjadi sumber tenaga," katanya.

Mahathir berkata mungkin mudah dalam jangka pendek untuk menggunakan tenaga nuklear bagi menjana elektirik tetapi ia tidak berbaloi dalam jangka panjang.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen