malaysiakini logo
ADS
story-image
mk-logo
Berita
Kapal tangki cuba seludup diesel bernilai RM450k ditahan
ADS

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya mematahkan cubaan sebuah kapal tangki minyak untuk menyeludup minyak diesel bernilai RM450,000 di perairan Miri semalam.

Pengarah APMM Miri Kapt Maritim Md Fauzi Othman berkata, kapal tangki yang membawa muatan 250,000 liter minyak dengan nombor pendaftaran TESAI 3 ditahan tiga batu nautika dari Tanjung Lobang pada 12.50 tengah hari.

“Tiga kru kapal ditahan iaitu seorang lelaki rakyat tempatan serta dua lelaki warga India berumur 25 dan 35 tahun untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di Miri malam ini.

Md Fauzi berkata, hasil pemeriksaan mendapati kru kapal gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan muatan minyak yang dibawa oleh kapal tersebut.

“Kapal tangki tersebut disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952/1960, Akta Kastam 1967 dan Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen