malaysiakini logo
ADS
story-image
mk-logo
Berita
Vietnam usir aktivis Malaysia
Diterbitkan:  Sep 10, 2018 4:43 PM
Dikemaskini: 8:44 AM
ADS

Setiausaha Agung Persekutuan Hak Asasi Manusia Antarabangsa (FIDH), Debbie Stothard yang dihalau keluar dari Vietnam pagi ini berkata, beliau telah memohon duta besar Malaysia di sana untuk menarik balik larangan memasuki negara itu.

"Saya telah meminta duta besar Malaysia untuk memohon pembatalan perintah larangan itu supaya saya boleh bercakap di mesyuarat panel pada Khamis ini sebagaimana yang dirancang," beliau memberitahu Malaysiakini hari ini.

Beliau merujuk mesyuarat panel anjuran World Economic Forum berjudul “Innovation Under Stress” yang mana Stothard dijadualkan berucap di Vietnam.

Stothard, aktivis yang terkenal mengendalikan isu-isu hak asasi manusia di Myanmar ditahan oleh pihak berkuasa imigresen sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hanoi di bawah "perintah larangan masuk."

Beliau dihalau pulang ke Kuala Lumpur dengan penerbangan pada jam 8.55 pagi tadi.

ADS

Beliau berkata Duta Besar Malaysia ke Vietnam, Datuk Mohd Zamruni Khalid dan pembantunya dibenarkan melawat beliau selepas Stothard ditahan sebentar malam tadi.

"Ketika mereka pergi, salah seorang pegawai yang menemani duta besar memberitahu saya,'mungkin lain kali mereka akan membenarkan kamu masuk sebagai pelancong'," katanya.

Menurut Stothard, seorang lagi panelis bagi majlis itu, Pengarah Kanan Operasi Global Amnesty International turut dilarang memasuki Vietnam.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen