malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
K'jaan disaran laksana moratorium tangkap rakyat tanpa IC
ADS

Gabungan NGO Negeri Sabah (Gannos) hari ini menyarankan kerajaan melaksanakan moratorium penangkapan dan pendakwaan terhadap individu tanpa dokumentasi diri yang lahir di negara ini.

Setiausaha Agungnya Datu Mohd Sayadi Bakal berkata moratorium itu perlu memandangkan kerajaan terdahulu telah menyalahgunakan Seksyen 6 Akta Imigresen bagi mengambil tindakan terhadap individu terbabit.

“Seksyen 6 Akta Imigresen jelas terhad kepada kesalahan masuk ke Malaysia tanpa pas masuk yang sah atau secara haram yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan enam kali sebatan, jika sabit kesalahan.

“Oleh itu, Gannos juga tegas menyatakan bahawa Seksyen 6 perlu dihadkan kepada mereka yang betul-betul dibuktikan memasuki Malaysia tanpa melalui perundangan negara,” katanya dalam kenyataan di Kota Kinabalu.

Katanya Gannos juga berharap kerajaan mengamalkan prinsip hak asasi manusia dengan memperkasa individu yang lahir di negara ini namun tidak mempunyai dokumentasi lengkap.

“Hak asasi manusia adalah untuk semua manusia dan hak ini tidak boleh dilucutkan hanya kerana mereka tidak mempunyai dokumentasi diri yang lengkap.

“Dalam semangat Bulan Kebangsaan ini, Gannos ingin menyatakan yang mereka (individu tanpa dokumentasi diri) juga anak Malaysia dan tidak harus dihukum atau dianiaya hanya kerana birokrasi dan sistem yang tidak adil,” katanya.

- Bernama

Lihat Komen