malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Musa Aman ulangi komitmen beri kerjasama SPRM
ADS

Bekas ketua menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman mengulangi komitmen untuk memberi kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Musa, yang mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sunga Sibuga, Rabu lalu, turut berharap sesi memberi keterangan kepada SPRM bagi membantu siasatan berhubung dakwaan terhadapnya itu dapat diteruskan secepat mungkin.

Ketepatan itu dinyatakan oleh peguamnya Ridha Abdah Subri dalam kenyataan di Kota Kinabalu malam ini.

Semalam, bekas pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu gagal meneruskan sesi bersama SPRM di Putrajaya kerana masalah kesihatan apabila terpaksa dikejarkan ke Hospital Putrajaya sebelum dirujuk ke IJN.

Ridha Abdah berkata Musa dirujuk ke IJN selepas SPRM mendapati tahap kesihatan bekas ketua menteri itu tidak begitu baik selepas melalui lebih dua jam dalam sesi memberi keterangan.

Menurutnya, Musa kemudian mendapatkan nasihat pakar kardiologi di IJN sebelum ditahan di wad untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

“Pemeriksaan perubatan telah dijalankan dan atas nasihat pakar kardiologi, Musa dimasukkan ke wad bagi tujuan pemeriksaan perubatan dan rawatan lanjut oleh pakar-pakar kardiologi IJN,” kata Ridha Abda.

Jumaat lalu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki memaklumkan pihaknya tidak tergesa-gesa untuk mengambil keterangan bekas Ketua Menteri Sabah itu berhubung dakwaan rasuah pada PRU14, 9 Mei lalu.

Menurut Azam, pihaknya membenarkan Musa mendapat rawatan dan sihat terlebih dahulu sebelum membuat keputusan lanjut.

Musa pada 26 Jun lalu mengesahkan beliau berada di United Kingdom atas urusan perubatan dan peribadi serta meninggalkan Malaysia secara sah pada 16 Mei lalu untuk rawatan perubatan di London.

- Bernama

Lihat Komen