malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Musa Aman dikejarkan ke IJN kerana masalah kesihatan
ADS

Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana masalah kesihatan pada 6.30 petang tadi.

Menurut sumber, Musa yang hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, bagi memberi keterangan berhubung kes rasuah, terpaksa menghentikan sesi soal siasat lebih awal.

Sumber itu berkata Musa dibawa ke Hospital Putrajaya terlebih dahulu bagi mendapatkan rawatan sebelum dikejarkan ke IJN.

“Pasukan siasatan SPRM belum selesai mengambil keterangan daripada Musa kerana beliau menghadapi masalah kesihatan,” katanya.

Musa yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga dipanggil ke ibu pejabat SPRM, dipercayai bagi memberi keterangan berhubung dakwaan rasuah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.

Beliau yang diiringi peguamnya tiba pada 11.45 pagi menaiki dua kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire berwarna hitam serta perak, dan dilihat meninggalkan bangunan SPRM berkenaan pada 2.10 petang tadi.

- Bernama

Lihat Komen