malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Izzah: Ahli politik jangan campur tangan perancangan bandar
ADS

Perancangan bandar yang baik tidak seharusnya melibatkan sebarang campur tangan mana-mana ahli politik, tegas Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

"Tidak boleh lagi dibenarkan pertalian politik dengan perancangan negara kita.

"Politik yang disalah guna mengganggu-gugat perancangan yang baik dan rapi," katanya berucap pada program "Cabaran yang dihadapi oleh golongan profesional muda" anjuran Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP)  di Kelana Jaya hari.

Beliau berpendapat sekiranya timbul pengaruh daripada mana-mana ahli politik dalam perancangan suatu kawasan maka hal ini akan mendatangkan kesan yang buruk kepada rakyat.

"Maka kita akan melihat kehidupan rakyat dan mana-mana kawasan mudah sahaja diterokai oleh pemaju semata-mata tanpa mengambil kira keselesaan penduduk," katanya.

Izzah juga berkata perancangan bandar yang betul akan menjamin kehidupan penghuni yang lebih baik dan sekaligus mampu mengembirakan rakyat sesuai dengan konteks negara yang maju.

Sementara itu, beliau juga mengharapkan lebih ramai perancang bandar terutamanya golongan muda berminat menjadi ahli MIP.

Menurutnya, perancangan sesuatu kawasan harus dibuktikan menerusi pembangunan dan para perancang seharusnya memastikan suara mereka didengar oleh semua pihak.

Nurul Izzah juga turut menasihatkan hampir 40 orang ahli professional yang hadir supaya tidak mensia-siakan bakat yang mereka ada dan menggunakan kemahiran yang terbaik untuk menerapkan ICT dalam pembangunan negara.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen