malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
PAC mungkin guna saman DOJ sebagai terma rujukan siasatan semula 1MDB
ADS

Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) akan meneliti saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) terhadap 1MDB sebelum memutuskan terma rujukan bagi siasatan semula syarikat milik kementerian kewangan itu.

Pengerusi PAC Datuk Seri Ronald Kiandee berkata memang wujud kemungkinan dokumen DOJ menjadi sebahagian daripada siasatan mereka.

"Kami tidak menidakkannya. Sebab itu kami perlu berbincang apakah (terma) rujukan terbaik. Kita akan putuskan nanti," katanya kepada Malaysiakini.

Terma rujukan diperlukan untuk memulakan siasatan semula terhadap kes 1MDB.

Beliau berkata mereka juga memerlukan dapatan daripada jabatan audit negara (JAN) serta bekas anggota jawatankuasa PAC sebelum merangka skop siasatan.

Setakat ini, 11 daripada 14 anggota jawatankuasa adalah lantikan baru.

PAC diberi taklimat oleh JAN pada 30 Ogos dan hari ini. Jabatan itu memulakan siasatan terhadap 1MDB pada 2015 selepas diarahkan perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak.

Laporan audit 1MDB dijadikan sebagai dokumen sulit pada Januari 2016, sehingalah selepas Pakatan Harapan (HARAPAN) menang pada PRU ke-14.

Bagaimanapun, Ronald berkata, PAC akan terlebih dulu membuka siasatan terhadap kehilangan wang bayaran balik GST berjumlah RM18 bilion.

Enam saksi, termasuk bekas Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Datuk Johari Abdul Ghani, bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan Ketua penerangan Kastam Datuk T Subromaniam akan dipanggil untuk memberi ketergan bagi membantu siasatan kes itu, kata Ronald lagi.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng sebelum ini mendakwa kerajaan terdahulu telah 'merompak' wang untuk bayaran balik GST.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen