malaysiakini logo
story-image
ADS

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Selangor bagi membantu siasatan berkaitan salah guna kuasa berjumlah lebih RM50,000, hari ini.

Bekas ADUN wanita berusia 56 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5.50 petang di Pejabat SPRM Selangor ketika hadir untuk memberi keterangan.

Sementara, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan tersebut.

Katanya, penahanan itu dibuat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Difahamkan, suspek akan dibawa Mahkamah Majistret Shah Alam untuk permohonan reman esok.

Menurut sumber suruhanjaya itu, bekas ADUN tersebut dipercayai telah melantik sebuah syarikat sebagai pembekal bagi Program Masyarakat Pusat Khidmat DUN yang mana syarikat tersebut merupakan syarikat milik anaknya.

Lihat Komen