malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
MCA guna pacuan empat roda sampaikan mesej semak dan imbang
ADS

PRK BALAKONG | MCA memilih pendekatan untuk menggunakan kenderaan pacuan empat roda dan trak kargo untuk mendekati penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong.

Pada waktu malam, kenderaan-kenderaan ini akan diletakkan di kawasan yang sesak dan berfungsi sebagai pentas untuk ucapan politik.

Empat kenderaan itu disediakan oleh MCA manakala satu lagi trak adalah kenderaan yang dipinjamkan oleh Tan Kim Huat, 68, bapa calon MCA, Tan Chee Teong.

Setiap hari bapa Chee Teong akan membawa calon MCA itu ke pasar untuk berkempen atau melakukan kunjungan dari pintu ke pintu.

Bagi Kim Huat, trak itu bukan sahaja memudahkan, tetapi juga selesa digunakan untuk berkempen.

ADS

"Lebih mudah bagi kita untuk memasuki kampung dan mendirikan pentas.

"Kami hanya perlu meletakkan sekeping papan di antara dua tong dan berucap di atasnya,"," katanya kepada Malaysiakini.

Naib Presiden MCA Chew Mei Fun, yang merupakan pengurus kempen Chee Teong, berkata penggunaan kenderaan berkenaan membantu parti itu menjimatkan kos.

"Kami hanya memerlukan pelekat, pembesar suara dan pemandu untuk menghantar mesej tentang keperluan untuk semak dan imbang," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen