BERITA

Zawawi angkat sumpah ADUN Sungai Kandis

Shakira Buang

3 Sep 2018, 4:12 pagi

Dikemaskini 2 tahun lepas

A
+
A
-

Mohd Zawawi Mughni hari ini mengangkat sumpah sebagai ADUN Sungai Kandis ketika Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 di Shah Alam, hari ini.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Speaker yang baru dilantik, Ng Suee Lim.

Majlis diadakan sebelum Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah merasmikan persidangan DUN.

Mohd Zawawi yang merupakan calon Pakatan Harapan menang PRK Sungai Kandis awal bulan ini dengan mendapat 15,427 undi berbanding calon BN Datuk Lokman Noor Adam (9,585 undi) dan calon Bebas K Murthy (97 undi).

Ia diadakan berikutan kematian penyandangnya Mat Shuhaimi Sahfie pada 2 Julau lalu akibat kanser limfoma.

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.