malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
SPRM buru 2 individu untuk bantu siasatan rasuah
Diterbitkan:  Sep 3, 2018 11:50 AM
Dikemaskini: 3:51 AM
ADS

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini memburu dua individu untuk membantu siasatan dalam dua kes rasuah.

Menurut kenyataan SPRM hari ini, mereka ialah Ab Rahim Lajis, 57, dan Tee Wee Sing, 41.

Suruhanjaya itu bagaimanapun tidak memberikan maklumat lanjut berhubung dua kes tersebut.

Difahamkan Ab Rahim merupakan orang kanan bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dan bertanggungjawab dalam soal media ketika PRU 2013.

Dia juga bekas pengerusi media rasmi negeri, Melaka Hari ini.

Alamat terakhir Ab Rahim (610101-04-5573) adalah No. 8770-C, Jalan Tiang Dua, Ayer Molek, 75460 Melaka.

Sementara Tee (771221-01-58270) beralamat di 98, Jalan Senggarang 2, Taman Sri Senggarang, 83000 Batu Pahat, Johor dan No. 7, Jalan Jambu Air, Taman Sentosa, 83000 Batu Pahat, Johor.

SPRM meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat untuk menghubungi pegawainya Mohd Zulhairni Ibrahim di talian 06-289 6000 atau 012-689 9375.

Lihat Komen