malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
AG lantik bekas peguam Anwar ketuai pendakwaan terhadap Najib
Diterbitkan:  Aug 31, 2018 4:30 PM
Dikemaskini: 9:00 AM
ADS

Peguam Negara Tommy Thomas telah melantik dua peguam terkemuka untuk mengambil alih kes-kes berkaitan 1MDB selepas beliau mengambil keputusan melepaskan kes tersebut.

Dalam satu kenyataan hari ini, Thomas berkata peguam, Datuk Sulaiman Abdullah akan mengetuai pendakwaan dalam kes membabitkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak itu.

Sementara itu, bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya kanan bagi menyediakan kertas pendakwaan ke atas kes-kes berkaitan 1MDB.

Sulaiman dan Sri Ram akan berkhidmat dengan kerajaan secara pro-bono.

Thomas membuat keputusan itu selepas menyedari beliau tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap kes Najib.

Ini kerana pada masa yang sama beliau perlu menjalankan tugas sebagai peguam negara dan pendakwa raya, serta tuntutan yang pelbagai selaku pegawai undang-undang utama.

"Dengan pelantikan dua individu terkemuka dalam Majlis Peguam ini,
komitmen kami untuk mendakwa mereka yang bertanggungjawab terhadap kleptokrasi terbesar dalam sejarah dunia dengan amat serius , dan sebagaimana yang diharapkan oleh rakyat Malaysia, sesungguhnya memang tidak boleh diragukan lagi," jelasnya.

Sulaiman dan Sri Ram pernah berkhidmat sebagai peguam untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim pada masa berbeza semasa perbicaraan kes liwat dua.

Awal bulan ini, Najib didakwa dengan tiga pertuduhan pengubahan wang haram, bersama-sama empat pertuduhan lain yang dipinda, membabitkan wang RM42 juta daripada bekas anak syarikat 1MDB, SRC International yang ditemui dalam akaun bank peribadinya.

Lihat Komen