malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Omar Mammah mungkin jadi pesuruhjaya baru polis Sabah
ADS

Datuk Omar Mammah dijangka dilantik sebagai pesuruhjaya polis Sabah yang baru minggu depan, tiga bulan selepas dilantik sebagai orang nombor dua di negeri itu.

Sumber dalaman polis di Sabah berkata, khabar angin mengenai perkara itu mula bertiup beberapa hari lalu.

"Kami dengar pelantikannya sebagai pesuruhjaya polis akan dibuat Isnin ini," kata sumber itu.

Bekas timbalan ketua polis Perak itu dilantik menjadi timbalan pesuruhjaya pada 11 Jun lalu - bertukar jawatan dengan Datuk Razarudin Husain@Abd Rasid.

Berasal dari Semporna, Omar memegang beberapa jawatan kanan dalam PDRM antaranya ketua jabatan siasatan jenayah Sabah, ketua jabatan pengurusan ibu pejabat kontinjen Sabah dan timbalan ketua polis Selangor.

Bekas pesuruhjaya polis Sabah Datuk Ramli Din dipindahkan kembali ke Bukit Aman sebagai ketua penyedilikan dan pembangunan di sekretariat ketua polis negara, seperti yang diumumkan 8 Ogos lalu.

Ketika dihubungi, Omar berkata beliau belum dimaklumkan berhubung pelantikan itu.

"Saya belum dapat apa-apa berita. Tetapi saya akan memangku jawatan itu sebelum orang baru dilantik," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Lihat Komen