malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
FGV buat siasatan dalaman susulan 'keputusan buruk'
Diterbitkan:  Aug 28, 2018 11:33 PM
Dikemaskini: 3:40 PM
ADS

Felda Global Ventures (FGV) dilaporkan berkata sedang mengadakan siasatan dalaman terhadap beberapa amalan perniagannya.

Menurut Reuters hari ini, FGV berkata siasatan itu dibuat susulan "penemuan buruk" dalam siasatan terdahulu terhadap pelaburannya.

FGV tidak menyatakan secara lanjut berhubung penemuan itu tetapi berkata telah mendapatkan nasihat perundangan.

Siasatan terdahulu itu merujuk kepada siasatan yang bermula Januari lalu yang antaranya bertumpu kepada pembelian hartanah.

"FGV perlu kembali fokus kepada terasnya dan memastikan kita mengembalikan integriti operasi kita...sementara lembaga pengarah menyelesaikan isu sekitar pelaburan dan transaksi terdahulu yang telah menghabiskan sumber tunai (syarikat)," katanya seperti dipetik.

FGV berkata siasatan dalaman itu antara lain memeriksa amalan penjualan minyak sawit dan pembelian yang buruk, pemberian kontrak pemerolehan secara terus, dan kekurangan pekerja daripada pertengahan 2016 sehingga pertengahan 2018 yang menyebabkan kerugian kewangan.

Saham FGV merosot dalam beberapa tahun ini di tengah-tengah dakwaan rasuah dan pengurusan yang teruk.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini berkata kerajaan akan membentangkan kertas putih pada sidang Dewan Rakyat akan datang berhubung keadaan sebenar Felda dan pelan untuk memulihkannya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen