malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Jabatan Perhutanan Kelantan roboh tiga sekatan Orang Asli
ADS

Tiga sekatan Orang Asli di Gua Musang, Kelantan dirobohkan pihak berkuasa hari ini melibatkan sekatan di Cawas, Kuala Wok dan Kaleg.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Orang Asli Pakatan Harapan (HARAPAN) Kelantan, Fauzi Azmi berkata, perobohan di Cawas dan Kuala Wok dilakukan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan, manakala sekatan di Kaleg dirobohkan Pasukan Gerakan Am (PGA).

"Pada masa ini semua tindakan perobohan blockade tersebut berjalan dengan lancar tanpa sebarang kekecohan.

"Pihak Orang Asli hanya memantau tindakan yang dilakukan mengikut Seksyen 32 Akta Perhutanan Negara Pemakaian 1984," katanya kepada Malaysiakini.

Tambah Fauzi, tindakan perobohan dijalankan pihak berkuasa mengikut prosedur dan masyarakat Orang Asli akur tanpa sebarang tindak balas.

"Ini kerana sekatan yang didirikan iaitu di Cawas dan Kuala Wok meliputi kawasan Hutan Simpan, manakala sekatan di Kaleg luat daripada kawasan Hutan Simpan," katanya.

Sementara itu, Malaysiakini sedang menghubungi Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan dan pihak polis untuk mendapat keterangan lanjut mengenai perobohan sekatan berkenaan.


Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kota Bharu pada 28 Ogos menafikan pembabitan Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam merobohkan sekatan Orang Asli di Gua Musang.

Sebaliknya kata beliau, PGA hanya ditugaskan untuk mengawal keselamatan di lokasi kejadian susulan permohonan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan.

"Kami telah gerakkan pegawai dan anggota seramai 400 orang terlibat termasuk anggota simpanan untuk membantu Jabatan Perhutanan Negeri selama dua hari bermula semalam dan hari ini.

"Mereka dipecahkan dengan tiga pasukan di tiga kawasan iaitu Kaleg, Kampung Cawas dan Kuala Wok.

“Penugasan hanya kawal keselamatan penguat kuasa serta jabatan lain yang terlibat dan Orang Asli. Kita jaga kedua-dua pihak," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen