malaysiakini logo
story-image
ADS

Anggota Parlimen PKR menegur Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kerana menyarankan untuk menghentikan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dimulakan pentadbiran BN dulu.

MP Kapar, Adullah Sani Abdul Hamid mengingatkan Azmin dan semua yang bersetuju untuk tidak meneruskan BR1M bahawa bantuan sara hidup tersebut termasuk dalam janji manifesto Pakatan Harapan pada pilihan raya umum ke-14 lalu.

"“Sesiapa yang bersetuju (saranan henti beri BR1M), itu yang saya tujukan.

"Tidak kira saiz atau pangkat mereka,” katanya.

Menurut Abdullah jika pengurusan BR1M mempunyai masalah seperti rasuah, kerajaan HARAPAN dengan mudah dapat mengatasi hal ini kerana mereka sekarang merupakan parti pemerintah.

"Jika hendak mansuh BRIM, kena pastikan kos sara hidup turun, harga minyak turun dan gaji minimum naik.

“Ia berhubung tata kelola kerajaan kerana isunya ialah jangan ada kroni, rasuah dan perompak," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis sambutan reeformasi 20 tahun, anjuran PKR di Pulau Pinang, malam tadi.

Abdullah mencetuskan kontroversi selepas menuduh Azmin berkerjasama dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin untuk menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menjadi perdana menteri berikutnya.

Abdullah yang berada dalam kem bekas MP Pandan dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli pada pemilihan PKR tahun ini kemudiannya memohon maaf kepada Dr Mahathir pada 21 Ogos lalu selepas bertemu Anwar selama 40 minit.

Kenyataan Azmin mengenai BR1M menegaskan kenyataan Dr Mahathir yang berkata pentadbirannya menyasarkan untuk mengurangkan pemberian BR1M sedikit demi sedikit, berkata HARAPAN akan menyediakan peluang pekerjaan sebanyak mungkin melalui pelaburan asing dan dalam negeri.

Abdullah hadir majlis PKR itu bersama Setiausaha Agung parti Datuk Saifuddin Nasution, MP Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar dan MP Selayang William Leong.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen