malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Loke jamin landasan kereta api di Pantai Timur akan diperbaiki
ADS

Menteri Pengangkutan Anthony Loke menjamin bahawa landasan kereta api sedia ada di pantai timur Semenanjung akan ditambah baik, susulan pengumuman kerajaan membatalkan Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).

"Yang pertamanya, keputusan ECRL itu adalah keputusan kabinet. Tetapi Apapun untuk penumpang-penumpang Pantai Timur, kita akan menggunakan ataupun menambah baik landasan sedia ada.

"Kita sekarang ini, di Pantai Timur memang ada landasan kereta api cuma landasannya kereta api masih diperbaiki," kata Loke kepada pemberita di Seremban hari ini.

Selapas landasan itu diperbaiki ia akan ditambah baik lagi, jelasnya.

"Jadi walaupun takde ECRL, kita memberi (jaminan) kepastian kepada penduduk-penduduk Pantai Timur bahawa mereka tidak diabaikan," katanya.

AES: Kerajaan tidak pulangkan bayaran saman

Semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pembatalan ECRL dan dua projek saluran paip gas dan beliau menyifatkan pembayaran pampasan untuk tiga projek ini yang dipersetujui pentadbiran sebelum ini sebagai "paling bodoh" dalam sejarah negara.

Mengulas isu berasingan, Loke menegaskan kerajaan tidak mampu mengembalikan wang kepada mereka yang telah membayar saman Automated Enforcement System (AES).

Beliau mengakui ia kurang adil dan berkata bayaran itu dibuat kepada syarikat konsesi serta bukan kerajaan, justeru kerajaan tidak dapat memulangkan kembali saman yang telah dibayar mereka.

Sebelum ini, Loke menumumkan kerajaan akan membatalkan saman yang belum dibayar kepada pengguna kenderaan yang dikesan AES melanggar had laju.

Beliau turut mendedahkan kerana perjanjian yang berat sebelah, kerajaan tidak mendapat apa-apa daripada saman AES yang dibayar selepas diberi diskan RM150.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen