malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Dr M: Peniaga mengadu 'komisen' 30% individu dalam kerajaan lama
ADS

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau menerima aduan masyarakat perniagaan bahawa terhadap beberapa individu dalam kerajaan lama menuntut 'komisen' 30 peratus untuk satu-satu projek.

“Bila kita ada projek, beberapa orang dalam kerajaan (lama) minta diberikan 30 peratus 'komisen' kepada individu tertentu,” katanya dalam sedang media di sebuah hotel di Beijing, China.

Beliau bagaimanapun berkata tidak dapat membuktikan perkara itu dan tidak mempunyai dokumen berkaitan.

Mahathir mengakhiri lawatan lima harinya ke China hari ini.

Beliau mendedahkan perkara itu buat pertama kali semalam dalam forum bersama pemimpin-pemimpin perniagaan China ketika ditanya berkaitan prosedur perniagaan di Malaysia yang mengambil masa.

Beliau memberitahu orang ramai bahawa tuntutan dari individu dalam kerajaan lama menyebabkan urusan kerajaan menjadi susah, tidak cekap dan korup.

“Ahli perniagaan gembira berita saya tetapi mereka tidak buat laporan rasmi kerana payah,” katanya ketika ditanya pemberita sama ada beliau menggalakkan aduan rasmi dibuat.

“Kamu buat aduan rasmi dan kamu kena buat itu ini.

“Kamu kena buktikannya,” katanya sambil berkata pihak terlibat juga mungkin malu berbuat demikian.

[Baca berita asal]

Lihat Komen