malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Kerajaan tahu di mana Jho Low sembunyi, kata Daim
ADS

Kerajaan tahu lokasi ahli perniagaan yang kini dalam buruan Low Taek Jho, kata Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) Tun Daim Zainuddin.

Beliau bagaiamanapun enggan mendedahkan maklumat lanjut ketika ditanya pemberita berhubung perkara itu.

"Sebelum ini dia di Macau. Saya rasa kerajaan tahu di mana dia," katanya kepada pemberita ketika sidang media hari ini, berhubung Low yang kini berada dalam notis merah Interpol ekoran dakwaan penglibatannya dalam skandal 1MDB.

Bekas menteri kewangan itu menyangkal tanggapan bahawa beliau ada membincangkan perkara itu ketika berkunjung ke China bulan lalu.

"Ketika saya ke China, saya tidak berunding tentang lokasi Low," katanya.

Katanya, kunjungan itu atas permintaan Mahathir sebagai 'pembuka jalan' bagi lawatan rasmi perdana menteri yang bermula dua hari lalu.

Low kini diburu kerajaan Malaysia dan Amerika Syarikat berhubung dakwaan penglibatannya dalam skandal 1MDB.

Pada Jun lalu, Mahathir mengesahkan Malaysia sedang cuba mengesannya, tetapi Low bersembunyi di kawasan yang beliau tidak boleh diekstradisi.

Saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) mendakwa Low terlibat dalam penyelewengan dana 1MDB dan mencuci wang tersebut melalui sistem kewangan negara itu.
 

Lihat Komen