malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
SST: Kita merancang, Tuhan menentukan - Lim
ADS

Kerajaan tidak boleh menjamin penggantian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dengan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan membuatkan rakyat lebih bahagia.

Bagaimanapun, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng, kita hendaklah berusaha ke arah itu.

“Soalan yang lebih penting apakah jaminan rakyat boleh lebih bahagia? Saya tidak boleh jamin, tapi kita boleh rancang tapi yang tentukan ialah Tuhan.

“(Namun) sekurang-kurangnya kita mesti berusaha untuk rancangnya.

“Salah satu usaha adalah untuk gantikan GST dengan SST kerana memang rakyat lebih susah bawah GST,” katanya.

Lim berkata demikian ketika penggulungan sesi perbahasan berkaitan Rang Undang-undang (RUU) Cukai Jualan 2018 di Dewan Negara hari ini.

Katanya, RUU itu bertujuan mengurangkan beban rakyat akibat pelaksanaan GST di era BN sebelum ini.

Lim berkata demikian ketiak menjawab soalan senator BN SA Vigneswaran sama ada kerajaan mampu memastikan rakyat lebih bahagian, ceria dan senang dengan kembalinya SST.

Lihat Komen