malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Dr M tulis surat ucap tahniah pada Imran Khan
Diterbitkan:  Aug 20, 2018 6:03 PM
Dikemaskini: 10:12 AM
ADS

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkesempatan menulis surat bagi mengucapkan tahniah kepada Imran Khas atas pelantikannya sebagai perdana menteri Pakistan.

"Saya sangat teruja dengan kemenangan hebat anda dalam pilihan raya pada 25 Julai 2018.

"Ini merupakan petunjuk sokongan yang mendalam daripada rakyat negara anda untuk wawasan anda terhadap Pakistan.

"Semoga Allah yang maha berkuasa memberkati anda dengan kebijaksanaan dan pandangan jauh untuk menggerakkan Pakistan ke arah kemajuan, kedamaian dan kemakmuran.

"Saya yakin bahawa hubungan rapat dan persaudaraan antara Malaysia dan Pakistan selama 61 tahun akan terus diperkukuhkan pada tahun-tahun mendatang.

"Saya tidak sabar-sabar untuk bekerjasama rapat dengan anda dalam semangat perpaduan tulen dan untuk perpaduan ummah, "tulis beliau dalam surat bertarikh hari ini yang dipaparkan di akaun Twitter rasminya.

Nama Mahathir sering muncul semasa kempen pilihan raya Pakistan.

Berikutan kemenangan Pakatan Harapan (HARAPAN) pada pilihan raya umum 9 Mei lalu, Imran - seorang bekas pemain kriket terkenal yang kemudian menjadi ahli politik- memuji slogan Mahathir dalam memerangi rasuah.

"Rasuah PM Malaysia Najib Razak adalah sebab utama Mahathir keluar dari persaraan selama 15 tahun untuk memenangi pilihan raya walaupun cubaan kerajaan Najib memanipulasi keadaan.

"Tahniah kepada Mahathir dan rakyat Malaysia," tulisnya di Twitter.

Dalam temu bual dengan Guardian pada tahun 2012, Imran memetik nama Mahathir dan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew sebagai antara pemimpin dunia yang dikagumi beliau.

Penentang Imran juga berusaha memanfaatkan nama Mahathir dalam pilihan raya baru-baru ini.

Shehbaz Sharif, abang kepada bekas perdana menteri Pakistan, Nawaz Sharif yang mengetuai Liga Muslim Pakistan (LMP-N), berkata beliau akan bertemu Mahathir untuk mempelajari selok belok menjadikan republik Islam itu sebagai sebuah negara yang hebat.

"Apabila saya bercakap tentang mengangkat Pakistan setanding dengan Turki dan Malaysia, ini bermakna negara-negara bersaudara ini telah mencapai tahap pembangunan yang tinggi.

"Saya akan belajar dari 'brother' Mahathir Mohamad dan 'brother' Erdogan (Presiden Turki) untuk mempelajari rahsia mereka bagi membangunkan Pakistan," ujarnya.

Lihat Komen