malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
M'sia boleh belajar banyak perkara dari China, kata Dr M
ADS

Banyak yang boleh dipelajari Malaysia daripada China, daripada keusahawanan inovatif sehinggalah bagaimana menangani pengangguran, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Kami merasakan China ada banyak perkara untuk diajar kepada Malaysia. Seperti anda tahu, Malaysia ada Dasar Pandang ke Timur.

Kita telah melihat kepada semua negara Asia Timur dan pada satu masa, kita mencadangkan agar ada komuniti timur, sebuah komuniti ekonomi Asia Timur, tetapi atas sebab tertentu ia tidak dapat dilaksanakan.

"Sama ada dilaksanakan atau tidak, banyak yang kami dapat dengan kerja bersama. Kami percaya dengan kerjasama antara negara dan tentunya kerjasama dengan China, kerana China ada banyak perkara yang akan memanfaatkan kita," kata Mahathir.

Beliau berkata demikian semasa sidang media bersama dengan Perdana Menteri China, Li keqiang di Beijing hari ini.


Baca: PM minta Beijing lebih bersimpati terhadap Malaysia


Bercakap tentang kunjungan ke hangzhou, Mahathir berkata terdapat banyak usahawan inovatif yang mempunyai idea-idea baru di negara itu.

"Saya lihat China kini ada usahawan dan mereka semua bersikap inovatif. Mereka lahirkan idea baru untuk berniaga dan ia boleh juga dilaksanakan di Malaysia.

"Sebab itu kami singgah ke Hangzhou dan bertemu Jack Ma dan banyak yang kami belajar daripadanya," katanya lagi.

Beliau juga berkata kerajaan mahu belajar bagaimana China menangani pengangguran dan berkata pelaburan China ke Malaysia boleh membantu menyelesaikan perkara itu.

"Saya tidak bayangkan negara dengan saiz sebegini tiada masalah pengangguran, tetapi China berjaya menyelesaikan kebanyakan masalah ini.

"Ia bukan saja pasaran yang besar tetapi kaya, diwujudkan oleh mereka yang dinamik yang berjaya memastikan negara dengan populasi besar tidak terkesan dengan pengangguran," katanya lagi.

Mahathir yang kini dalam lawatan rasmi lima hari ke China dijadualkan pulang ke Kuala Lumpur esok.

Lihat Komen