malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Duta Palestin kunjungi speaker Dewan Rakyat
ADS

Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof hari ini menerima kunjungan hormat dari Duta Palestin ke Malaysia Datuk Dr Anwar Al Agha di bangunan Parlimen di Kuala Lumpur.

Dalam pertemuan selama hampir 45 minit, mereka menyentuh, antara lain keadaan semasa di Palestin, dan Duta Palestin itu juga memuji sokongan kukuh Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin untuk menikimati kebebasan

“Malaysia ialah antara penyokong kuat perjuangan rakyat Palestin. kami berharap bahawa hubungan antara kedua-dua negara kita akan dipertingkatkan lagi," kata beliau sambil memberi penghargaan kepada rakyat dan kerajaan Malaysia kerana menyokong Palestin selama ini.

Duta itu juga berharap bahawa sistem kehakiman dan perundangan negara ini juga membantu rakyat Palestin yang telah lama mengalami penderitaan.

“Beliau (Mohamad Ariff) berminat untuk menyokong Palestin dan kami menaruh harapan untuk mengatur supaya Mohamad Ariff melakukan lawatan ke Palestin,” kata Anwar.

- Bernama

Lihat Komen