malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Bekas naib presiden BERSATU masuk PUTRA
Diterbitkan:  Aug 20, 2018 4:25 PM
Dikemaskini: 12:40 PM
ADS

Bekas naib presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Hamidah Osman mengumumkan menyertai wadah politik baru Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) yang dipimpin veteran politik Datuk Ibrahim Ali.

“Saya akan terus berjuang dan bekerja untuk rakyat menerusi platform politik yang baharu, sebaliknya bukan hanya bermain politik untuk meraih keuntungan.

“Kena faham tindakan saya bertukar parti bukan disebabkan jawatan, kedudukan atau material, sebaliknya berasaskan keadaan tertentu,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Berita Harian.

Perkara itu diumumkan dalam sidang media di rumahnya di Batu Gajah, Petak hari ini.

Sebelum bersama bersatu, Hamidah pernah menjadi ketua penerangan Wanita Umno.

Jumaat lalu, tular di media sosial surat yang menyatakan Umno menarik balik pemecatan Hamidah yang dipersetujui Majlis Tertinggi parti itu yang bersidang 27 Julai lalu.

Pada November 2015, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemecatan Hamidah, selepas beliau mengkritik pentadbiran bekas presiden Umno itu dan mendesaknya meletakkan jawatan.

Ibrahim, Jumaat lalu, mengumumkan penubuhan PUTRA (bawah) atas alasan hal-hal berkaitan bumiputera "dalam keadaan yang cukup bercelaru".

Lihat Komen