malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Senator BN: Sokong atau tak, SST tetap dilaksana
ADS

Penolakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) oleh Dewan Negara yang didominasi BN tidak akan memberi kesan di Putrajaya, kata senator BN Ong Chong Swen.

Ini kerana, kata Ong, rang undang-undang (RUU) berkenaan tetap akan berkuat kuasa meskipun dibantah Dewan Negara.

"Sebenarnya, sokong atau tidak sokong cukai jualan, lulus atau tidak lulus bukan hal yang penting kerana walaupun kita bantah kerajaan masih boleh meneruskan semua RUU ini mengjkut perkara 68 dalam Perlembagaan Persekutuan, kerana itu adalah money bill," katanya.

Ong, yang juga merupakan naib pengerusi Wanita MCA, juga berkata bahawa kerajaan Pakatan Harapan harus bertanggungjawab sepenuhnya terhadap RUU itu dan Ridak menyalahkan BN selepas satu atau dua tahun kemudian.

Ketika ini, 32 senator BN dan tiga senator PAS mendominasi 55 kerusi Dewan Negara.

HARAPAN sebelum ini mengusulkan RUU SSR dan RUU pemansuhan GST sebagai keutamaan dalam persidangan Dewan Negara yang bermula hari ini dan berakhir 20 September.

Ketika membentangkan RUU SST untuk perbahasan peringkat dasar hari ini, Menteri Kewangan Lim Guan Eng menggesa senator menyokong RUU berkenaan agar baki surplus ketika ini dapat dikekalkan.

"Jika kita tidak mampu melaksanakan SST dan memansuhkan GST, kita akan hilang RM4 bilion penghasilan yang kita jangka dan kita mungkin akan mengalami defisit," kata Lim.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen