malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Banyak pihak akui PAS makin gagah, kata Nik Abduh
Diterbitkan:  Aug 20, 2018 2:57 PM
Dikemaskini: 7:05 AM
ADS

Tidak seperti diyakini orang ramai PAS percaya parti itu kini semakin kuat berdasarkan keputusan pilihan raya umum (PRU) yang diadakan kurang dari empat bulan lalu.

Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz berkata walaupun pakatan Gagasan Sejahtera (GAGASAN) gagal menawan Putrajaya, kedudukan mereka semakin kukuh di persada negara.

Katanya PAS kembali menguasai Terengganu dan pada masa sama mengekalkan Kelantan di bawah pentadbiran parti berkenaan dengan memperoleh kemenangan meyakinkan.

"PAS juga hampir menawan kembali Kedah, selain turut menang lebih besar di Pahang.

"PAS mempunyai wakil hampir di semua dewan undangan negeri negeri (DUN) di seluruh Malaysia," katanya.

Paling nyata, menurut anggota parlimen Bachok tersebut PAS menguasai 18 kerusi parlimen walaupun bergerak dengan gabungan parti-parti kecil yang bergabung dalam GAGASAN.

Katanya ia adalah kejayaan yang belum pernah dicapai PAS sebelum ini dan kekuataan itu diakui oleh ramai pihak.

Petua bangkit semula

Untuk rekod PAS menurunkan 158 calon untuk kerusi parlimen di seluruh negara pada 9 Mei lalu dalam usaha mereka dalam percaturan mereka menjadi king maker.

Sasaran asal PAS bersama GAGASAN pula ialah menjadi kerajaan pusat, selain menguasai beberapa negeri termasuk di Pantai Barat.

Bagaimanapun di Selangor parti itu kini hanya mempunyai seorang anggota DUN berbanding 12 selepas sebelum parlimen dibubakan.

Sementara itu dalam kenyataan sama Nik Mohamad Abduh turut menyampaikan nasihat kepada Umno yang dinafikan haknya oleh pengundi daripada terus menjadi kerajaan selepas 9 Mei lalu.

Kata Nik Mohamad Abduh kekalahan besar dialami Umno baru-baru ini wajar difahami sebagai ujian terbesar buat parti berkenaan.

Saya berkata, oleh kerana kekalahan besar UMNO BN belum mematikan mereka, bahkan mereka masih memiliki kerusi yang banyak di Parlimen, maka UMNO berhak dan masih berpeluang untuk kembali bangkit di dalam arena politik negara.


Baca Nik Abduh: Orang memberi kita merasa


Namun kata anak bekas menteri besar Kelantan itu, Umno perlu sedar ada dua pengajaran yang perlu diambil kira dan wajar dijadikan "penawar".

"Saya mengingatkan mereka dengan dua perkara utama sebagai penawar kebangkitan.

Pertama, jangan terlalu menyalahkan orang lain atas kekalahan dan hukuman (yang dikenakan oleh) rakyat ke atas mereka.

"Ya, mereka mungkin berang dan marasai keperitan akibat wujudnya fitnah ke atas mereka, tetapi untuk sebuah kebangkitan yang berjaya, Umno-BN mestilah lebih melihat kepada kesalahan sendiri," katanya.

Menurut Nik Mohamad Abduh lagi lebih baik untuk Umno dan BN merasai sendiri kesan besar fitnah yang dikenakan ke atas mereka selepas parti itu melakukan perbuatan tersebut ke atas pembangkang lain, terutama PAS.

"Itu adalah lebih baik untuk pengubatan dan kebangkitan," katanya.

Lihat Komen