malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Pegawai k'jaan cadang buang frasa 'saya yang menurut perintah'
ADS

Seorang pegawai kerajaan hari ini meminta kerajaan menukar frasa penutup dalam surat rasmi perkhidmatan awam.

Beliau mencadangkan frasa yang digunakan hari ini iaitu "Saya yang menurut perintah" digantikan dengan "Saya yang menjalankan amanah".

Pegawai itu memberikan cadangan itu ketika sesi Town Hall Perdana Menteri bersama PTD di Putrajaya hari ini.

Katanya, perubahan itu akan mencerminkan prinsip penjawat awam yang amanah dalam menjalankan tugas, bukannya hanya mengikut perintah tanpa soal.

Menjawab cadangan itu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata akan menelitinya.

"Kita boleh tukar," katanya disambut tepukan dan sorakan hadirin.

Sebelum itu, Mahathir yang pernah dituduh mengikat perkhidmatan awam ketika pertama kali menjadi perdana menteri, mengingatkan pegawai kerajaan agar tidak mengikut arahan secara membuta-tuli.

Walaupun mereka patut berkhidmat kepada kerajaan semasa, kata Mahathir, ia tidak seharusnya sehingga ke tahap melakukan kesalahan atau jenayah.

“Kalau saya bagi arahan suruh bunuh, nak pi (pergi) bunuh tak?

"Ada beza antara arahan yang mengikut dasar tertentu dengan arahan melakukan jenayah,” katanya lagi.
 

Lihat Komen