malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Perang 'logo durian': Nga jawab gesaan mohon maaf Wee dengan sajak
Diterbitkan:  Aug 14, 2018 4:25 PM
Dikemaskini: 8:29 AM
ADS

Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming menghangatkan lagi debat berhubung logo MCA dengan berhujah bahawa bentuk sesebuah objek bergantung kepada sudut pandangan.

Nga membaca sajak yang ditulis berabad lalu oleh penyair Su Shi bagi menyampaikan mesejnya itu.

"Dilihat dari hadapan, Gunung Lushan adalah jarak yang tidak terukur jauhnya, dilihat dari tepi ia nampak seperti satu puncak tunggal. Dari perspektif berbeza, bentuknya berubah-ubah - dari jauh atau dekat, dari tempat tinggi atau rendah.

"Saya tidak boleh jelaskan bentuk sebenar Gunung Lushan kerana saya sedang berdiri di atasnya. Saya tidak boleh melihatnya secara keseluruhan," katanya memetik sajak itu dalam kenyataan medianya.

Jelas Nga, ini juga adalah sebab beliau menyamakan logo MCA dengan durian Musang King.

Nga juga tidak bersetuju dengan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong yang mendakwa logo parti itu adalah melambangkan bendera Jalur Gemilang.

Kata Nga lagi, bintang kuning berlatarkan warna biru tidak menyerupai Jalur Gemilang.

Maka, katanya, tidak timbul isu untuk dia memohon maaf.

Dalam kenyataannya sebelum ini, Nga menyamakan logo MCA seperti durian apabila mengulas keputusan parti itu untuk menggunakan logo sendiri dan bukannya logo BN dalam pilihan raya kecil (PRK) Balakong akan datang.

Susulan itu, Wee menuduh Nga sebagai tidak menghormati bendera kebangsaan dan menggesa pemimpin DAP itu memohon maaf.

[Baca berita asal]

Lihat Komen