malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Jurugambar potret LGBT tetap teruskan pameran
ADS

Jurugambar Mooreyameen Mohamad bertegas tetap meneruskan pamerannya yang berjudul "Stripes and Strokes " itu di Festival George Town, walaupun terdapat tuntutan beberapa keping gambar sebagai solidariti dengan aktivis LGBT, Nisha Ayub dan Pang Khee Teik.

Mooreyameen berkata berlaku tindak balas 'pantas menyatakan bantahan' terhadap berita mengenai gambar kedua aktivis berkenaan yang dikeluarkan daripada pameran kerana mereka mempromosikan aktiviti LGBT.

"Sejak berita itu terbit pada pagi Rabu, beberapa orang yang terlibat dalam pameran telah meminta saya atau pengarah festival Joe Sidek untuk turut mengeluarkan gambar mereka sebagai protes terhadap tindakan penapisan dan solidariti dengan Pang dan Nisha," kata Mooreyameen kepada Malaysiakini.

Pengkarya itu juga berkata turut menerima tawaran daripada galeri seni swasta untuk menganjurkan pameran berkenaan secara keseluruhan tanpa sebarang penapisan.

Pengarah festival, Joe Sidek menurunkan gambar tersebut selepas Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Datuk Farizan Darus mengarahkan beliau berbuat demikian.

Farizan berkata mendapat aduan orang awam dan jabatan perdana menteri.

Tak galak tapi jangan diskriminasi

Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Mujahid Yusof Rawa mengakui memberi arahan menurunkan potret dalam pameran itu.

Sebelum kejadian itu, menteri menjelaskan budaya LGBT tidak patut digalakkan tetapi hak golongan itu sebagai warga negara perlu dihormati.

Mujahid mengulang pendiriannya pada pertemuan dengan Nisha semalam, berkata LGBT tidak patut didiskriminasikan.

Nisha pada hantara Facebooknya hari ini berkata beliau tidak sedar gambarnya dipilih untuk dipamerkan tetapi itu tidak bermaksud beliau tidak gembira dengan penyertaan fotonya.

Mooreyameen berkata beliau tetap bersolidiriti dengan Pang dan Nisha dan memahami sebab-sebab bantahan berkenaan, namun memutuskan untuk meneruskan pameran anjuran George Town Festival di Dewan Sri Pinang itu yang mengikut jadualnya berakhir pada 2 September ini.

"Festival ini mengenai membawa rakyat Malaysia dan seni orang Malaysia kepada dunia.

"Saya sokong sepenuhnya tujuan festival dan akan bersama Joe Sidek dalam memenuhi visinya yang hebat itu," jelas pengkarya itu lagi.

Mooreyameen berkata kejadian itu mencetuskan beberapa perbincangan penting mengenai negara dan rakyat Malaysia.

"Saya percaya untuk melibatkan diri dengan orang lain, dalam perbualan dan malahan kepada orang yang tidak berkongsi pandangan kita mengenai hak asasi manusia.

Mooreyameen juga memohon maaf kepada Pang dan Nisha yang disifatkan beliau sebagai "dua orang rakyat Malaysia yang mengkagumkan ini" kerana telah menjadi sasaran secara tidak adil.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen