malaysiakini logo
story-image
ADS

Datuk Seri Najib Razak sekali lagi diminta hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Difahamkan bekas perdana menteri itu akan diberi notis untuk berdepan dakwaan baru di mahkamah esok.

Najib tiba pada pukul lima petang di ibu pejabat SPRM Kuala Lumpur di Jalan Duta, yang terletak tidak jauh dari rumahnya di Langgak Duta.

Beliau dilihat meninggalkan bangunan itu kira-kira sejam kemudian.

Anggota parlimen Pekan itu dijangka dihadapkan dengan tiga pertuduhan bawah Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.


Baca: Najib dijangka dituduh di mahkamah lagi esok


"(Najib akan didakwa) sekurang-kurangnya tiga tuduhan bawah pengubahan wang haram. Najib akan dipanggil tengah hari ini untuk diambil keterangan dan dibebaskan.

"Dia akan didakwa pagi esok di Kuala Lumpur," kata sumber yang enggan dinamakan.

Tiga pendakwaan baru itu turut berkaitan dengan SRC International.

Najib juga dijadual ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur esok bagi prosiding sebutan kes melibatkan empat pertuduhan terdahulu - tiga untuk pecah amanah dan satu untuk salah guna kuasa.

Lihat Komen