malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
AG digesa mohon batal perintah larang media ulas kes Najib
ADS

Peguam Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar menggesa Peguam Negara, Tommy Thomas untuk memohon hakim Mahkamah Tinggi yang baru bagi kes jenayah bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak pada esok hari, untuk membatalkan perintah (tutup mulut) larangan sementara untuk media mengulas hal perbicaraan tersebut

Syed Iskandar berkata Thomas perlu memohon untuk membatalkan perintah tutup mulut itu kerana ia dibuat tanpa sebarang kewajaran.

"Mahkamah perlu membuat keputusan berdasarkan bukti. Memandangkan terdapat persoalan sekitar hakim sebelumnya (Hakim Datuk Sophian Abdul Razak) yang mendengar kes berkenaan bulan lalu bahawa abangnya dikaitkan dengan Umno dan anggota exco Pahang, maka perintah tutup mulut sementara yang dipohon peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib itu dipersoalkan.

"Hakim sepatutnya mengisytiharkan kepentingannya... dan selanjutnya Shafee perlu mengemukakan notis awal (kepada pihak pendakwaan) berkenaan hasratnya itu. Justeru itu, Shafee tidak mengikuti prosedur sepatutnya (dengan membuat permohonan lisan)," katanya.

Selain Syed Iskandar, dilaporkan bekas anggota parlimen dan peguam N Surendran berkata hakim tidak berkuasa untuk mengeluarkan perintah tutup mulut kepada seluruh dunia.

Shafee memohon perintah tutup mulut itu atas alasan menghalang perbicaraan oleh pihak media.

AG perlu mohon batal ikat jamin Najib

Manakala itu, Syed Iskandar turut mencadangkan Thomas supaya pasukan pendakwaan membatalkan ikat jamin terhadap bekas perdana menteri kerana pertuduhan pecah amanah di bawah Kanun Keseksaan merupakan kesalahan yang tidak boleh diberikan ikat jamin.

Beliau berkata terdapat tiga pertuduhan jenayah pecah amanah mengenai SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB itu

"Apa istimewanya Najib untuk diberikan ikat jamin?" Tanya beliau.

Menurut Syed Iskandar, memandangkan hakim baru akan mendengar kes ini, maka beliau boleh memutuskan sama ada ikat jamin boleh diberikan atau sebaliknya dan menyemak semula perintah tutup mulut daripada hakim sebelumnya.

Dilaporkan, Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dijangka akan mendengar kes Najib besok.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen