malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Najib: Kerjasama dengan IRI lebih teruk dari surat CIA
ADS

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa satu siasatan diadakan terhadap hubungan antara Pakatan Harapan (HARAPAN) dan pertubuhan berpangkalan di Washington, International Republican Institute (IRI).

Beliau menyifatkan kerjasama antara HARAPAN dan IRI adalah lebih teruk berbanding surat yang dihantar ke CIA, yang menyebabkan sesetengah pihak menuduh pentadbirannya dulu melakukan khianat.

"Jika anda tuduh (bekas ketua pengarah Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia) Datuk Hasanah Abdul Hamid sebagai mengkhianat, ini jauh lebih teruk kerana merupakan campur tangan secara langsung dalam proses pilihan raya kita.

"Amerika Syarikat sendiri melantik penyiasat bebas untu menyiasat sama ada campur tangan Rusia dalam pilihan raya mereka memang berlaku.

"Dan ada pengakuan terbuka bahawa mereka (IRI) telah bekrja sejak 2002 untuk mengubah kerajaan (di Malaysia)," katanya kepada pemberita di Parlimen, hari ini.

Hari ini, IRI menafikan dakwaan ia bekerjasama dengan HARAPAN untuk menumbangkan BN pada PRU 9 Mei lalu.

IRI juga berkata pihaknya berkerjasama dengan BN

Dalam satu forum pada Julai lalu, presidennya Daniel Twining berkata pertubuhannya berusaha untuk "mengkuhkan" parti pembangkang di Malaysia teta[pi tidak menjelaskannya secara terperinci.

Twining juga mendakwa ada berjumpa pemimpin kanan HARAPAN selepas kejatuhan BN di "pejabat perdana menteri".

[Baca berita asal]

Lihat Komen