malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
BTN dijenama semula pupuk perpaduan, kata menteri
ADS

PARLIMEN | Biro Tatanegara (BTN) akan melalui penjenamaan semula sebagai agensi kerajaan yang menyemai perpaduan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Md Farid Md Rafik.

Ini bertentangan dengan manifesto Pakatan Harapan yang berjanji untuk membubarkan BTN.

"Seiring dengan perubahan sosial politik dan semangat Malaysia baru, BTN sedang dalam proses penjenamaan semula serta mengkaji dan membangunkan modul yang memberi penekanan kepada nilai-nilai murni dalam kehidupan dan kembali kepada tugas dan objektif asal penubuhannya," kata Md Farid memberitahu Dewan Rakyat semasa penggulungan perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong.

Selain itu, beliau berkata kerajaan akan menggunakan agensi berkenaan untuk memperbaiki kefahaman mengenai dasar-dasar kerajaan dan isu-isu semasa di kalangan penjawat awam dan pesertanya.

BTN akan digunakan untuk menggalakkan nilai-nilai murni di kalangan pesertanya, maklum beliau.

ADS

Bagaimanapun, Md Farid berkata kerajaan masih menyemak modul latihan dan program BTN serta perkara tersebut masih dibincangkan kabinet.

"Apa yang hendak saya jelaskan, BTN yang ada pada hari ini bukan lagi BTN yang ada pada masa lepas, untuk menerap nilai patriortisme.

"Pendekatan kita untuk BTN menjadi satu ejen yang memupukkan perpaduan," katanya lagi.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen