malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Boustead Naval dapat kontrak kapal TLDM RM18 bilion
Diterbitkan:  Aug 6, 2018 5:08 PM
Dikemaskini: 9:12 AM
ADS

PARLIMEN | Kementerian Pertahanan (Mindef) memberitahu parlimen hari ini bahawa ia telah memberikan kontrak berjumlah RM18 bilion bagi pembinaan dan penyenggaraan kapal-kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kepada Boustead Naval Dockyard di Lumut, Perak.

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata kontrak itu bernilai RM17 bilion bagi tujuan pembinaan kapal dan RM1 bilion pula untuk kontrak pembaikan kapal.

Mohamad berkata demikian bagi menjawab soalan Anggota Parlimen Kuala Terengganu Ahmad Amzad Mohamed.

"Bagi kontrak pembinaan, sebanayak RM6.7 bilion bagi pembinaan kapal Patrol Vessel (PV).

"RM9.1 bilion melibatkan pembinaan kapal Littoral Combat Ship (LCS) dan RM1.17 bilion melibatkan pembinaan kapal Littoral Mission Ship (LMS)," katanya.

Bagi kontrak pembaikan kapal, Mohamad berkata sejak tahun 2000, sejumlah 34 buah kapal dan bot CB90 telah disenggarakan di Boustead Naval Shipyard yang memakan belanja keseluruhan sebanyak RM1.06 bilion

Lihat Komen