malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
SPRM reman CEO Syarikat Air T'ganu 6 hari
ADS

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Air Terengganu (SATU) direman enam hari mulai hari ini untuk membantu siasatan kes penyalahgunaan kuasa meluluskan peruntukan RM380,000 bagi mengubahsuai pusat agihan air menjadi kediamannya.

Permohonan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibenarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret / Sesyen Kuala Terengganu Roszita Md Saad mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Terdahulu lelaki berumur 58 tahun itu ditahan SPRM di pejabat agensi itu petang semalam bagi membantu siasatan atas dakwaan menggunakan jawatan beliau untuk meluluskan projek mengubah suai dan menaik taraf bangunan di Pusat Agihan Gong Badak, Kuala Nerus berjumlah RM 380,000 pada Disember 2016 hingga Feb 2018.

Projek itu kemudian dijadikan sebagai Pejabat Operasi SATU Daerah Kuala Nerus sebelum ditukar menjadi kediaman suspek sendiri.

-Bernama

Lihat Komen