malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
ADUN Kota Anggerik sertai perebutan kerusi ketua pemuda PKR
Diterbitkan:  Aug 4, 2018 3:05 PM
Dikemaskini: 7:14 AM
ADS

PEMILIHAN PKR | Pemilihan PKR dihangatkan lagi selepas bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga ADUN Kota Anggerik, Najwan Halimi hari ini mengumumkan akan bertanding bagi jawatan ketua pemuda.

Beliau akan berpasangan dengan Timbalan Ketua Pemuda PKR Melaka Naqiuddin Nazrin yang akan merebut jawatan timbalan ketua.

Dua pemimpin yang sudah mengesahkan pencalonan adalah Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin - yang mengatakan "pemuda PKR ialah PKR masa depan" - dan Anggota Parlimen Johor Bahru Akmal Nasir, sebahagian daripada kem Rafizi Ramli yang mahu "mempertahankan idealisme reformasi".

Bagi Najwan dan Naqiuddin, yang akan membawa tema "AMK Malaysia", kedua-duanya - masa depan dan juga sejarah perjuangan Reformasi - sama penting dan saling melengkapi.

"Perjuangan tanpa sejarah adalah buta, sementara terikat mati dengan sejarah adalah sia-sia.

ADS

"Mana-mana perjuangan bangsa yang berjaya wajar mampu menjalin pengajaran dari masa lalu, realiti semasa dan semangat masa hadapan," kata mereka dalam kenyataan brsama, hari ini.

Mereka menyuarakan komitmen untuk menyatukan pemuda PKR daripada pelbagai latar belakang dan mengenepikan "politik kekelompokan yang keras".

"Tawaran ini sama sekali bukan untuk mewujudkan kabilah-kabilah, tetapi demi menjadi lembayung besar setiap anggota AMK di seluruh negara...Ini cabaran utama untuk membantu kepimpinan, terutamanya Anwar, demi menjadikan PKR parti untuk seluruh rakyat.

"Tema AMK Malaysia mewakili sifat inklusif yang kami tawarkan, yang sepatutnya menjadi wajah AMK sesungguhnya," kata mereka lagi.

Najwan dan Naqiuddin juga menggesa agar debat diadakan untuk jawatan tertinggi sayap pemuda, wanita dan juga pusat.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen