malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Sungai Kandis jadi pilihan raya terakhir guna logo PKR
Diterbitkan:  Aug 4, 2018 10:04 AM
Dikemaskini: 2:08 AM
ADS

PRK Sungai Kandis adalah PRK terakhir bagi Pakatan Harapan (HARAPAN) menggunakan logo PKR, selepas Pendaftar Pertubuhan (ROS) memberi kebenaran untuk gabungan itu menggunakan logo sendiri.

Ia dimaklumkan Naib Presiden PKR Dr Xavier Jayakumar ketika ceramah HARAPAN di Klang semalam, menurut laporan Utusan Malaysia.

"PRK Sungai Kandis adalah PRK terakhir yang akan menggunakan logo dan bendera PKR. Pilihan raya selepas ini bermula di Balakong, HARAPAN akan mula menggunakan logo HARAPAN.

"Sebab itu saya minta pengundi di sini memberi penghormatan terakhir kepada logo PKR ini dengan memberi kemenangan besar kepada HARAPAN," katanya seperti dipetik.

Logo PKR menjadi pilihan HARAPAN sejak PRU ke-14 selepas pendaftaran gabungan itu sejak Julai 2017 berdepan masalah.

Ia bagi memastikan calon dari semua parti komponen HARAPAN bertanding menggunakan satu logo.

Pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini mendakwa ROS sengaja tidak meluluskan pendaftaran HARAPAN. ROS pula berkata kegagalan itu ekoran pendaftaran BERSATU yang masih menunggu kelulusan.

Pada 16 Mei lalu, seminggu selepas kemenangan HARAPAN pada PRU ke-14, ROS akhirnya meluluskan pendaftarannya sebagai gabungan politik yang sah.

Lihat Komen