malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Laporan: SPRM serbu 3 syarikat balak, jabatan perhutanan Sabah
Diterbitkan:  Aug 2, 2018 10:33 AM
Dikemaskini: 3:34 AM
ADS

SPRM menyerbu Jabatan Perhutanan Sabah dan tiga syarikat pembalakan utama di negeri itu, lapor media tempatan.

Serbuan ini bagi membantu siasatan terhadap perjanjian konsesi pembalakan melibatkan pentadbiran BN sebelum ini di bawah bekas ketua menteri Datuk Seri Musa Aman, kata sumber, petik laporan The Star Online hari ini.

Semalam, SPRM menyerbu dan merampas sejumlah dokumen dari pejabat 'tiga syarikat balak besar' di Sabah.

Syarikat ini, dua berpengkalan di Sandakan dan satu di Tawau dipercayai mendapat konsesi pembalakan di negeri itu.

Manakala itu, laporan itu juga menyebut pegawai SPRM menghabiskan masa beberapa jam semalam dalam usaha mencari dokumen di ibu pejabat Jabatan Perhutanan Sandakan.

"Mereka mencari dokumen perlesenan tertentu," kata sumber, petik laporan itu lagi.

Malaysiakini telah menghubungi SPRM bagi mendapatkan ulasan.

Bulan lalu, dilaporkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafie Apdal berkata kerajaan negeri telah membentuk suatu pasukan petugas khas bagi membendung kegiatan pembalakan haram dan melaksanakan peraturan undang-undang perhutanan.

Mohd Shafie berkata operasi membanteras pembalakan haram yang dilancarkan pasukan petugas khas berkenaan telah merampas 40,161 batang balak di beberapa lokasi hutan simpan di Sabah sejak 5 Julai lalu.

Beliau berkata angka itu melibatkan rampasan di Kalabakan (25,221 batang), Tongod (9,300 batang), Ranau (5,091 kayu balak) dan Sandakan (549 batang).

Shafie juga berkata polis dan SPRM sedang menyiasat lebih sepuluh syarikat, melibatkan GLC serta syarikat tersenarai di bursa saham kerana dakwaan membalak di kawasan hutan simpan negeri.

Lihat Komen