malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Peguam dakwa keyakinan perisik MEIO kini goyah
ADS

Bekas Ketua Pengarah Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Datuk Hasanah Abdul Hamid kini bimbang terhadap moral pegawai agensi terbabit, kata peguamnya Shaharudin Ali.

Kata Shaharudin, kebimbangan itu berlaku ekoran kebocoran surat yang ditulis Hasanah kepada Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA) Gina Haspel beberapa hari sebelum berlangsungnya pilihan raya umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei lalu.

"Moral dan keyakinan pegawai MEIO di seluruh negara sekarang goyang.

"Mereka berada dalam keadaan ketakutan dan teragak-agak untuk berkongsi maklumat risikan kerana bimbang (identiti) terdedah," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur petang ini.

Shaharudin berkata ini kali pertama kewujudan MEIO didedahkan sejak ia ditubuhkan pada 1960-an.

Tambahnya apa yang berlaku kini juga menandakan kali pertama dokumen berkaitan agensi terbabit dibocorkan.

Menurut peguam itu MEIO mempunyai lebih 1,000 pegawai perisikan yang beroperasi di seluruh negara.

Bukan bentuk derhaka

Pada sidang media sama Shaharudin juga mendakwa seramai 10 pegawai kanan MEIO menyaring surat ditulis Hasanah - bertarikh 4 Mei 2018 - kepada Gina.

Katanya pertukaran maklumat risikan, latihan dan pertukaran pegawai di antara CIA dan MEIO adalah perkara rutin bagi memastikan negara ini mencapai tahap kemampuan operasi risikan yang canggih dan boleh diharapkan.

"Justeru surat MEIO bertarikh 4 Mei 2018 itu bukanlah suatu perkara yang aneh, dan jauh sekali sepucuk surat yang berbentuk derhaka," katanya.

Terdahulu Hasanah - yang menandatangani surat berkenaan - membuat laporan kepada polis berhubung kebocoran dokumen terbabit.

Ditemui media selepas itu Hasanah enggan memberi komen lanjut kecuali menyatakan surat terbabit tidak ada kaitan dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Surat itu ditulis sebagai usaha badan terbabit mendapatkan sokongan AS jika BN memenangi PRU ke-14 dengan majoriti kecil.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen