Pengiklanan

    Permohonan Rosmah batalkan saman firma berlian Lubnan 11 Okt


    (Dikemaskini )

    Permohonan Datin Seri Rosmah Mansor, isteri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membatalkan saman oleh firma pemborong barang kemas Lubnan, Global Royalty Sal ditetapkan pada 11 Oktober.

    Permohonan ini dibuat atas sebab 44 unit barangan kemas yang dirampas pihak berkuasa tidak ada bersama isteri bekas perdana menteri itu.

    Peguam, Geetham Ram Vincent berkata barangan kemas itu ada dengan pihak polis yang telah membuat rampasan.

    Sementara itu, peguam David Gurupatham yang mewakili Global Royalty SAL berkata mereka baru saja menerima permohonan untuk mencelah daripada pejabat Peguam Negara.

    "Kami tidak akan membantah permohonan untuk mencelah itu.

    "Timbalan pendaftar telah menetapkan 11 Okt untuk mendengar permohonan bagi membatalkan saman dan juga permohonan oleh pejabat AG untuk mencelah," katanya.

    Peguam Kanan Persekutuan Alice Loke mewakili pejabat peguam negara di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

    Dilaporkan bahawa Royalti Global memfailkan saman terhadap Rosmah pada 26 Jun lalu.

    [Baca berita penuh]

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih