malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Mana janji nak hapus hutang peneroka Felda, soal Najib
ADS

PARLIMEN | Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan janji Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk menghapuskan hutang peneroka Felda dalam masa 100 hari membentuk kerajaan persekutuan.

"Saya ingin tanya di sini, manifesto PH (HARAPAN) berjanji membatalkan kesemua hutang peneroka dalam tempoh 100 hari.

"Apa akan jadi kepada janji ini?" soalnya dalam ucapan sulungnya sebagai ahli parlimen pembangkang di Dewan Rakyat.

Anggota Parlimen Pekan membangkitkan perkara berkenaan ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong.

Daripada 10 janji 100 hari HARAPAN, isu hutang peneroka Felda adalah satu-satunya yang dilihat tiada perkembangan.

Najib berkata ketika pentadbiran BN, peneroka menerima banyak manfaat seperti bonus dan duit raya.

"Namun sebaik saja kerajaan baru mentadbir, mereka tidak diendahkan.

"Malah Hari Peneroka tidak disambut, bayaran lewat dan janji tidak ditunaikan," katanya lagi.

Najib kemudian mempersoalkan sama ada bayaran kepada peneroka akan terus dikurangkan pada masa akan datang.

Ketika pentadbiran BN, Felda dan Felda Global Ventures menjadi perhatian kerana didakwa dengan isu salah urus, kerugian dan pelaburan yang meragukan.

Lihat Komen