Peranan Khazanah Nasional Bhd sebagai syarikat pelaburan strategik negara perlu diteruskan kata MP Rembau, Khairy Jamaluddin.
Menurut wakil rakyat Umno itu, Khazanah telah menjadi entiti yang berbeza semenjak kali pertama Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri.
Pada ketika itu, beliau memaklumkan Khazanah tidak memainkan peranan strategik dan hanya berfungsi untuk memegang saham kerajaan dalam syarikat swasta.
"Pasca PM (tempoh pertama Mahathir), Khazanah ditransformasikan daripada pemegang entiti kepada syarikat pelaburan strategik negara dengan mandat bukan sahaja untuk meningkatkan nilai aset tetapi juga membuat pelaburan ke dalam sektor-sektor yang memberi faedah kepada negara.
"Khazanah mengambil bekerja rakyat Malaysia yang paling baik dan cerdik untuk melakukan hal ini. Sangat memalukan untuk menukar segalanya yang telah dibina (tetapi) hanya diganti pula dengan cara perniagaan era 1990-an," kata Khairy yang dikenali sebagai KJ dalam siri ciapan Twitter menyatakan kebimbangannya mengenai GLC.
Dr M: Khazanah menyimpang tujuan asal
Bagaimanapun, Khairy tidak terkejut dengan perkembangan mutakhir ini.
"Nampaknya PM masih belum lagi melantik Pengarah Urusan dalam syarikat. Msyuarat Lembaga Pengarah tidak dapat diadakan. Walaupun dengan perubahan yang bakal berlangsung, saya harap model GLC sekarang ini akan diteruskan. Transformasi GLC adalah cerita kejayaan.
"Sebagai contoh, GLC (dalam sesetengah sektor) sibuk dengan perniagaan swasta. Ini adalah isu yang lama. Itu mungkin semangat komen Perdana Menteri bahawa GLC menyimpang daripada agenda Bumi. Jadi perubahan diperlukan dalam perkara itu," tambahnya.
Awal bulan ini, Dr Mahathir mendakwa bahawa Khazanah telah menyimpang daripada objektif asalnya untuk membantu bumiputera.
Beliau berkata Khazanah yang ditubuhkan pada 1993 untuk memegang saham bagi bumiputera sehinggalah kaum itu memiliki keupayaan untuk membeli saham-saham berkenaan.
Namun kata perdana menteri bumiputera yang menerima saham cenderung untuk menjualkan saham-saham itu bagi memperkayakan diri mereka sendiri.
Khazanah recruited the best and brightest Malaysians to do this. It would be a shame to dismantle everything that has been built only to replace it with the business mode of the 1990s. My fear: GLCs will be broken up and flogged off to a new set of 1990-esque businessmen.
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) July 26, 2018