Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin yang dikenali sebagai KJ diingatkan bahawa BN tidak lagi memerintah kerajaan persekutuan dan pentadbiran hari ini tidak bukan berada di bawah penguasaan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP).
Timbalan Ketua Pemuda AMK Dr Afif Bahardin berkata CEP dipimpin bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin bagi membantu peralihan dalam perubahan pentadbiran daripada rejim yang berkuasa selama 60 tahun.
"Ini bukan lagi kerajaan yang ditadbir BN atau Umno, zaman tunduk, memuja atau mencium tangan pemimpin sudah tamat," jelas Arif yang juga exco Pulau Pinang menujukan kata-katanya kepada Khairy.
"Kerajaan baru ini memerlukan orang-orang berpengalaman dan pada tahap tertentu perundingan dengan para pegawai yang biasa dnegan sistem dan sudah tahu bagaimana kerajaan diatur pada masa lalu.
"Semua orang tahu fungsi Majlis Penasihat; mereka tidak diundi dan mereka bukan badan pembuat keputusan," kata Ariff memberitahu Malaysiakini.
Afif berkata beliau tidak nampak CEP mengawal kerajaan sebagaimana yang dikatakan Khairy, malah tambahnya lagi CEP hanya memainkan peranannya sebagai penasihat sahaja.
Khairy menyuarakan kebimbangannya mengenai pengaruh CEP dan menyifatkannya sebagai suatu badan "yang tidak dipilih."