malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
DAP minta Ramasamy jelaskan dakwaan sokong LTTE
Diterbitkan:  Jul 24, 2018 6:37 PM
Dikemaskini: 10:41 AM
ADS

DAP cuba mendapatkan penjelasan daripada Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy berhubung dakwaan beliau menyokong gerakan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, bagaimanapun yakin Ramasamy akan mampu memberi penjelasan berhubung perkara itu.

"Lebih baik untuk Ramasamy menjelaskan kepada pihak yang mahukan penjelasannya, kerana sebelum menyertai politik, beliau mengambil bahagian dalam misi keamanan, bukan saja di Sri Lanka tapi juga di Aceh.

"Saya yakin beliau akan ada jawapan," kata Chow dipetik Sinar Harian hari ini.

Chow berkata demikian ketika ditanya berhubung gesaan Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidil agar DAP menyatakan pendirian berhubung Ramasamy.

Anggota dewan undangan negeri Perai itu menafikan dakwaan menjadi penyokong LTTE.

Ramasamy berkata beliay menyertai misi keamanan di antara Colombo dan LTTE sekitar 2003 dan 2006.

Dalam tempoh itu juga Ramasamy turut menyertai misi keamanan di Aceh.

Dakwaan terhadap Ramasamy timbul selepas beliau mengkritik Putrajaya yang enggan mengekstradisi penceramah kontroversi Zakir Naik ke India.

[Baca berita asal]

Lihat Komen