malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Sardin dalam tin, mi segera antara dikecualikan SST
Diterbitkan:  Jul 19, 2018 11:18 AM
Dikemaskini: 3:56 AM
ADS

Sardin dalam tin, mi segera dan barangan makanan diproses lain antara barangan yang akan dikecualikan cukai di bawah pelaksanaan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Barangan berkenaan sebelum ini dikenakan cukai di bawah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dikritik Pakatan Harapan menyebabkan kenaikan kos sara hidup.

Barangan yang sudahpun dikecualikan cukai di bawah GST seperti daging segar dan beku, tetap akan dikecualikan cukai.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk T Subromaniam berkata barangan lain akan tertakluk kepada cukai 5 peratus atau 10 peratus tetapi senarai tersebut belum dimuktamadkan.

Sementara itu, perkhidmatan yang akan dikenakan cukai di bawah SST termasuk: penginapan dan hotel, insurans, makanan, elektrik, kelab, perjudian dan perkhidmatan telekomunikasi.

Jabatan Kastam telah menerbitkan senarai barangan yang dikecualikan cukai yang boleh dilihat di pautan ini.

Senarai ini juga boleh dilihat di pautan ini.

Lihat Komen