malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
HARAPAN mungkin namakan bekas hakim sebagai speaker
ADS

Pakatan Harapan tidak menolak kemungkinan menamakan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Yusof sebagai calon berpotensi sebagai speaker Dewan Rakyat.

Ini susulan beberapa nama yang dicalonkan, terutamanya Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mencetuskan lebih banyak spekulasi dan kontroversi.

Sumber kerajaan memberitahu Malaysiakini bahawa Ariff kini pilihan mengisi jawatan berkenaan.

"Ariff pilihan utama sebagai speaker Dewan Rakyat dan kami menjangka mengumumkan ini tidak lama lagi.

"Dia seorang hakim Mahkamah Rayuan yang berpengalaman dengan penuh keadilan, integriti dan akauntabiliti," kata sumber itu kepada Malaysiakini.

G25, kumpulan bekas pegawai awam yang tersohor, sebelum ini turut melobi untuk Ariff, berdasarkan "rekod pencapaiannya yang cemerlang".

AMANAH pada 18 April mengumumkan Ariff sebagai ketua jawatankuasa disiplin parti itu.

Beliau pada tahun 2004, pernah bertanding di kerusi DUN Kota Damansara di bawah tiket PAS yang ketika itu bersama dalam Pakatan Rakyat.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen